Monday, March 28, 2011

Apa Cerita??


Salam, ehemm..ehmm..adoi laa..maaf la semua LT team..lama betul tak di update blog ini..mungkin kerana terlalu sibuk dengan urursan kerja dan tugas hakiki dan mungkin juga ketiadaan aktiviti buat suku pertama tahun ini..Tapi tak apa baru baru ni kita telah membincangkan sedikit aktiviti atau trip ringkas bagi mengisi kekosongan ini..kita akan cuba mengadakan trip ke Sg Lembing , Kuantan ..lokasi ni dah lama kita tak jenguk..banyak yang menarik di Sg Lembing ni..hot spring, gunung Tapis, Rainbow Waterfall, jeram,,lubuk2 memancing, dan camping site yang luas dan selasa..setelah di halusi dan di bincangkan geng2 cub cross LT juga akan membawa 'jentera' masing2 yang dengar khabarnya telah banyak di upgrade..ni la masa nak test power..pajero baru pun boleh la mencuba untuk menggunakan 'double gear' yang belum lagi di uji kelancaranya..baik berikut sedikit info untuk trip kali ni:


Tarikh : 30 april - 2 mei 2011 (cuti labour day)

Tempat : Sg Lembing, Kuantan

Xtvt :4wd driving, cub cross riding, memancing, mandi manda, makan..BBQ,

santai2,pg air terjun pelangi, (ada yg nak naik gunung tapis..)

Jarak offroad : -+ 35 km dr pekan Sg Lembing

yuran : RM 60 -+( pakej : makan minum, kenderaan, equipment)


** lain2 ..akan di bincangkan sikit masa lg..harap semua boleh prepare jentera masing2..

**Semoga trip ni sukses dgn komitmen dan sokongan semua kuncu2 LT..Sekian..Wassalam