1. Koi
2. John - org Kg Tapah (pemukat Kelah hebat)
3. Puyok - SDA (penyelam kelah tegar)
4. Abg Kor (a.k.a abg Burn) - SDA- (pemukat kelah berjaya)
5. Doloh - geng LT
6. Abu doit - SDA- (merangkap pawang)
7. Jaa - SDA- (CO)
Kenderaan: 1. Hilux 2. Frontier
Trip kali ini lebih kepada tujuan santai2 dan memburu kelah..memang Sg Terengganu Mati ini terkenal dengan spesis ikan kelah. Antara spesis yang banyak ialah kelah biru (kelah kejor) dan kelah merah (kelah bara),
Sememangnya sungai ini sangat cantik dengan landskapnya yang di penuhi dengan pokok nerang yang mana buah dan bunganya menjadi makan ruji bagi spesis kelah ini..alhamdulillah setelah berkampung selam 3 hari 2 malam di sungai ini banyak juga rezeki yang ALLAH S.W.T berikan. Boleh la merasa kelah buat lauk tiap2 hari..haa..lumayan..(kalu makan kt kedai dah berapa ribu tuu.).
kemsite ala kadar je...tghari memang agak panas..tp malam sgt sejuk..
Dapur..kena setup cun-cun..sbb aktivitnye..cari ikan -masak-makan-cari ikan-masak-makan--oleh itu kena la ada dapur yg selesa untuk menyediakan juadah spesel..KELAH..haa..
Lubuk depan kemsite..tgh bayangkan kalaula 20 / 30 tahun lalu..camaner la agaknyer tempat ni..mesti sgt cantik dan aman..dan pastinya ikan mesti banyak..lihat saja alam yg indah ni musnah di tangan manusia yang rakus akan dunia..tanpa memikirkan hak makhluk lain untuk hidup..
Antara rezeki kami..kelah biru(kelah kejor) boleh la dari xder langsung..buat lauk..dan banyak juga yang dapat bawak balik.
Haa ni agak spesel..kelah merah yg saiz kecik,buat lauk..goreng tawar n cicah budu..haa guaner?? kalu kt kedai RM 80 ni seketul..haa..mmg mahal..sebab nk dapat bukan mudah..haa..
Abu doit bersama kelah kejor..haa..walaupun bukan sendiri yang dapat..bergambar pun ok..lain kali kiter cuba lagi doit!!..haa
Lagi tumpang bergambar..kelah merah (kelah bara) hidup lagi dan di bela dalam sungai selama 2 hari sebelum di bawa balik untuk di bela dalam kolah yang lebih besar..biasanya akan di jual pada mana2 pengemar / peminat kelah..haa
Doloh bersama kelah kejor..sebelum di buat gulai..haa..memang lumayan..hari2 lauk kelah..haa
Pakar potong ikan..memang menjadi karier beliau memotong ikan..beliaulah doloh pemotong ikan..hari2 kerjanya potong ikan..tapi biasa ikan patin (pasar Temerloh).kali ni ikan kelah..haa..
Huu..inilah lokasi 2nd Dam Kenyir yg masil dalam pembinaa..lihat saja paras benteng yang di bina..disitu juga terletaknya tunnel yang menempatkan turbin hidroelektrik ..tak lama lagi kawasan ini akan di tenggelami air..sayang sungguh alam yang begitu indah dan kaya dengan sumber ini akan musnah..haa..
Heee..selepas 3 hari dan membaham banyak kelah..kami menamatkan trip ini dengan kepuasan dan kecikaan akibat terlampau banyak makan kelah..haa..namun memang menjadai lumrah..xpernah puas berada bersama alam dan menikmatinya..oleh itu satu lagi trip telah di rancang pada masa akan datang..kali in mungkin akan agak berbeza..haa..
Antara hasil dan rezeki yang di bawa balik dan di agih agihkan..haa..merasa la org kg makan lauk kelah ..terima kasih kepada abg john , puyok n abg kor..kerana bersama menjayakn trip ni..tanpa mereka manakan kite merasa ikan ni..IN SHA ALLAH kite akan adakan trip lagi dalam masa terdekat ni denagn persiapan yang lebih menarik..haa..jumpa lagi..