Wednesday, May 21, 2014

Terengganu Mati...nantikan Kedatangan kami..

Asalam..seperti di hebohkan sebelum ini..kami akan datang lagi bagi terus meneroka keindahan sungai yang bakal tenggelam ini. Seperti di rangka, trip bakal diadakan pada 29 Mei - 1 Jun 2014..4 hari 3 malam..bagi memberi masa yang maksima kepada awok awok untuk meneroka sepuasnya lagenda sungai ini..nantikan entri selepas trip ini bagi mengikuti kisah penerokaan ini..haa. wassalam.

Tuesday, April 1, 2014

Comeback Trip- Sg Terengganu Mati

Asalam..seperti pernah di gembar gemburkan..projek COMEBACK ini pasti menjadi kenyataan..destinasi pilihan kali ini ialah Sg terengganu Mati (2nd Dam Kenyir) trip di sertai oleh krew spt berikut:

1. Koi
2. John - org Kg Tapah (pemukat Kelah hebat)
3. Puyok - SDA (penyelam kelah tegar)
4. Abg Kor (a.k.a abg Burn) - SDA- (pemukat kelah berjaya)
5. Doloh - geng LT
6. Abu doit - SDA- (merangkap pawang)
7. Jaa - SDA- (CO)

Kenderaan: 1. Hilux 2. Frontier

Trip kali ini lebih kepada tujuan santai2 dan memburu kelah..memang Sg Terengganu Mati ini terkenal dengan spesis ikan kelah. Antara spesis yang banyak ialah kelah biru (kelah kejor) dan kelah merah (kelah bara),

Sememangnya sungai ini sangat cantik dengan landskapnya yang di penuhi dengan pokok nerang yang mana buah dan bunganya menjadi makan ruji bagi spesis kelah ini..alhamdulillah setelah berkampung selam 3 hari 2 malam di sungai ini banyak juga rezeki yang ALLAH S.W.T  berikan. Boleh la merasa kelah buat lauk tiap2 hari..haa..lumayan..(kalu makan kt kedai dah berapa ribu tuu.).



baru sampai kemsite -Pengkalan Pasir..trun barang2 dlu..di sebabkan musim panas trek balak sgt berdebu..kemsite betul2 ngam tepi sungai..air agak jernih sbb dh tak hujan sejak beberapa lama..


kemsite ala kadar je...tghari memang agak panas..tp malam sgt sejuk..


Dapur..kena setup cun-cun..sbb aktivitnye..cari ikan -masak-makan-cari ikan-masak-makan--oleh itu kena la ada dapur yg selesa untuk menyediakan juadah spesel..KELAH..haa..


Lubuk depan kemsite..tgh bayangkan kalaula 20 / 30 tahun lalu..camaner la agaknyer tempat ni..mesti sgt cantik dan aman..dan pastinya ikan mesti banyak..lihat saja alam yg indah ni musnah di tangan manusia yang rakus akan dunia..tanpa memikirkan hak makhluk lain untuk hidup..

Antara rezeki kami..kelah biru(kelah kejor) boleh la dari xder langsung..buat lauk..dan banyak juga yang dapat bawak balik.
Haa ni agak spesel..kelah merah yg saiz kecik,buat lauk..goreng tawar n cicah budu..haa guaner?? kalu kt kedai RM 80 ni seketul..haa..mmg mahal..sebab nk dapat bukan mudah..haa..


Haa..ni lagi..kelah dan beberapa spesis lain untuk di buat gulai asam..huu sgt sedakk..resepi hutan dari abg john kiter..


Hee..menunya ialah..nasi putih + kelah kejor masak asam pedas kunyit + kelah merah goreng tawar + budu..haa guaner?? jadik?? bukan senang boleh makan camni..ringkas tapi RARE MENU..haa..sangat berselera semua awop2 membahamnyer..
Abu doit bersama kelah kejor..haa..walaupun bukan sendiri yang dapat..bergambar pun ok..lain kali kiter cuba lagi doit!!..haa

Lagi tumpang bergambar..kelah merah (kelah bara) hidup lagi dan di bela dalam sungai selama 2 hari sebelum di bawa balik untuk di bela dalam kolah yang lebih besar..biasanya akan di jual pada mana2 pengemar / peminat kelah..haa

Doloh bersama kelah kejor..sebelum di buat gulai..haa..memang lumayan..hari2 lauk kelah..haa

Pakar potong ikan..memang menjadi karier beliau memotong ikan..beliaulah doloh pemotong ikan..hari2 kerjanya potong ikan..tapi biasa ikan patin (pasar Temerloh).kali ni ikan kelah..haa..

 Huu..inilah lokasi 2nd Dam Kenyir yg masil dalam pembinaa..lihat saja paras benteng yang di bina..disitu juga terletaknya tunnel yang menempatkan turbin hidroelektrik ..tak lama lagi kawasan ini akan di tenggelami air..sayang sungguh alam yang begitu indah dan kaya dengan sumber ini akan musnah..haa..


Huu hilux dan Nomad (kayak) haa memang x dapat di pisahkan..juga aksi abg john (mcm koboi pun ada) singgah sebentar dia ir terjun tepi jalan..(lebuh raya Kenyir - Aring)



Air terjun..singgah semeta..amik gambor ajer..haa..

Heee..selepas 3 hari dan membaham banyak kelah..kami menamatkan trip ini dengan kepuasan dan kecikaan akibat terlampau banyak makan kelah..haa..namun memang menjadai lumrah..xpernah puas berada bersama alam dan menikmatinya..oleh itu satu lagi trip telah di rancang pada masa akan datang..kali in mungkin akan agak berbeza..haa..

Antara hasil dan rezeki yang di bawa balik dan di agih agihkan..haa..merasa la org kg makan lauk kelah ..terima kasih kepada abg john , puyok n abg kor..kerana bersama menjayakn trip ni..tanpa mereka manakan kite merasa ikan ni..IN SHA ALLAH kite akan adakan trip lagi dalam masa terdekat ni denagn persiapan yang lebih menarik..haa..jumpa lagi..





Tuesday, March 18, 2014

Asalam..COMEBACK!!

Asalam..yer semua..memang agak lama kesepian dalam aktiviti update..haa..almaklum kekangan kerja.. tahun ni di rasakan akan menjadi tahun yang boleh di katakan kita akan membuat satu COMEBACK yang lebih jitu..dengan kehadiran semula 'HILUX' yang dh lama 'warded' kat bengkel dan lahirnya semula 'TRITON' yang bakal mengubah coretan bagi tahun 2014 ini..Bagi trip pertama tahun ini..beberapa awok2 akan mengikuti trip geng pemburu KELAH hebat dari K.Berang..akan membuat trip ke Sg Terengganu Mati pada 22-24 mac 2014 ini bagi merealisasikan projek yg sekian lama tertangguh. sama sama kita tunggu enti seterusnya bagaimana hasilnya trip kali ini..wassalam..